Showing posts with label arranger jon brooks. Show all posts
Showing posts with label arranger jon brooks. Show all posts

Tuesday, 24 November 2015

"Isabella" Amy Search (Orchestral Instrumental Music)



An orchestral instrumental music arrangement of Amy Search's "Isabella" arranged by oneself in 2010.

Subscribe to my YouTube channel: http://www.youtube.com/jonbrookscomposer
Official Website: http://www.jonbrooks.co.uk
Facebook: https://www.facebook.com/JonBrooksComposer
Twitter: https://twitter.com/JonBrooks_Music
CD Baby: http://www.cdbaby.com/Artist/JonBrooks1

Please like, share and subscribe... Thank you!  :-)

Kuala Lumpur, Malaysia - Suhaimi bin Abdul Rahman - Lebih 31 tahun merentas belantara muzik rock, nama Amy Search adalah satu predikat yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Imej, vokal, attitude dan segala tentang lelaki dengan nama sebenar Suhaimi A. Rahman ini adalah satu fenomena.

Seperti mana teguhnya karya-karya yang dilantunkan vokalis ini, begitu juga namanya menjadi item penting industri hiburan tanah air.  Kini pada usia 54 tahun, Amy Search, empayarnya sudah meluas. Sudah menyelusup jauh ke dalam hati banyak pencintanya.

Pada mulanya, Suhaimi bin Abdul Rahman bekerja sebagai seorang seorang penala piano sebelum menyertai Kumpulan Search bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Apabila Zainal meninggalkan Search, Amy menjadi penyanyi utama sebelum dia menarik diri dan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo. Beliau mendirikan rumahtangga yang pertama bersama Faridah, (1983-1985), dan bercerai kemudian berkahwin pula dengan Noorliza Abdul Latiff, (1990-1994). Sekali lagi rumahtangga Amy dilanda krisis dan berpisah lalu Amy mengahwini Roslisa Ahmad, sekali lagi Amy dilanda ujian dalam rumahtangganya membuatkan mereka berpisah lagi hinggalah berjumpa dengan Norish yang berasal dari Singapura kekal hingga kini. Hasil perkahwinan Amy beliau telah dikurniakan 4 orang cahaya mata semuanya iaitu (Nabila Huda (1984), Irisha Myra (1997), Alexander Zulkarnain (2004) dan Sania Samara.

Kumpulan Search juga tidak lari dari mengalami perpecahan. Paling tidak dapat diterima oleh peminat setia mereka ialah pengunduran Amy sekitar tahun 1996 dari Kumpulan Search membuatkan ramai peminat mereka kecewa kerana waktu itu Kumpulan Search sudah bertapak lebih 10 tahun dalam industri muzik tempatan dan di antara kumpulan rock paling lama bertahan di Malaysia. Amy mengambil keputusan untuk meninggalkan Kumpulan search lalu menerbitkan album solo yang keduanya iaitu Camouflage. Sebelum Amy keluar Search beliau juga pernah merakamkan album solo yang pertama yang di beri judul Magic.

Setelah beberapa tahun bergerak secara solo timbul pula hasrat Amy bersama Kumpulan Search untuk membuat penyatuan semula. Ekoran dari kejayaan Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Nash bersama Kumpulan Lefthanded, Saleem bersama Kumpulan Iklim Awie bersama Kumpulan Wings, Mustaffa Din / Mus bersama Kumpulan May, Joey bersama Kumpulan Bumiputra Rockers, Mael bersama Kumpulan XPDC dan ramai lagi.

Amy Search was born: 28th June 1958